Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Friday, April 19, 2013

mesin jahit yamasita di kuantan, nak ke tak nak

selain dari memasak, menjahit juga sangat saya minat, rupanya minat tu turun kepada anak2, Bila dan tua ni minat menjahit mendatang semula, mungkin anak2 dah besar, masa terluang dah ada, tapi sebelum mula menjahit, kena beli mesin jahit baru dulu. Maklumlah mesin jahit yg ada ni antik sangat dah yg kepala hitam tu, beli masa mula kawin 25 tahun yg lalu. Dulu lepas SPM ada pegi kelas jahit dengan cina, dah boleh jahit baju kurung sendiri, baju kurung moden. Tp sekarang tak berani nak mulakan menjahit baju, kena pegi kelas semula lah. Anak2 pun dan mula belajar menjahit.

Minggu lepas ada pegi kedai mesin jahit yamasita di jln wong ah jang, dekat cowboy tu, kebetulan mesin yamasita tengah offer,harga RM1200, harga sebenar hampir 1800, tokey kedai tu beria kempen, katanya offer sampai bulan Jun ni, ada masa untuk fikir2 kan, lepas tu dia kata mesin ni sesuai untuk org yg baru belajar jahit, sbb bleh control kelajuan, mesin lain mana ada mcm tu, satu lagi mesin tu x bising masa sdg menjahit. jimat letrik, meja nya yg luas, boleh jahit kain tebal mcm comfoter, jeans. Ni mesin industri maknanya boleh jhit lama, tp tak boleh jahit lubang butang, cuma jahit lurus dan zip saja. Geramnya, mmg rasanya nak beli aje. Bile tanya dri jepun ke mesin ni, katanya dri cina, bila fikir2 tak minat sangat barang dr cina ni. Namanya macam Jepun aje kan. Bile tanya kekawan yg expet pasal mesin jahit, mereka kata ok je walau dari cina, lain lah gejet lain. Dia pun rasa nak beli, tp mesin pun dah ada, Tapi rasa nya nak beli mesin diApple boleh belajar jahit percuma selama 1 tahun. Mmmmm....nantilah kena fikir dulu,.

Inilah mesin Yamasita yg offer tu.

Mesin sulam brother hargahampir 4 ribu

Mesin lama beli dengan harga 2ratus lebih rasanya.

3 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Mari belajar jahit jubah dan palazo bersama Yasalma Collection. Dengan formulasi mesra utk yg baru belajar jahit juga yg belum ada asas jahit, sehelai jubah dapat disiapkan dalam masa 1 jam. Palazo juga dalam satu jam. Bonus, free demo cara jahit cardigan khas buat warga Pahang. Best ni ! Bengkel pada 29 Jun 2013 ni di Kompleks Dagangan Mahkota. Call/sms/whatsapp 019-9367898 utk maklumat lanjut.

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih atas info pasal jahit,nak tanya ari ahad ada buat kelas jahit tak?

      Delete
  2. saya pun ada mesin jahit raleigh tu, beli pun about 20 years ago di kuantan..hehe.
    Dah almost 10 tahun tak guna, sebab masalah benangnya.
    Harini dapat panggil tukang servis. Harap2 dapat guna dia semula.

    ReplyDelete