Masa begitu cepat, rasanya baru saja tahun 2015, kini dah april kan.....Mungkin kerana kesibukan kita terasa masa tu tak sedar berlalu, pagi kepetang begitu cepat.
Kali ini nak bercerita tentang kucing terbuang, sebenarnya cerita kucing terbuang ni dah lapuk, tapi kawasan kedai di perumahan saya ni kerap juga orang membuang kucing. Tokey kedai tu pulak tau kita ni penyanyang kan kucing dia pun buat repot. Macamla kita ni pegawai JKM, Polis, ke pegawai MPK (Majlis Perbandaran Kuantan). Memang penat jadi resq ni, puas pulak mencari ibu angkat untuk anak kucing ni. Tapi sikap tokey kedai tu amat bagus, itu tandanya dia seorang yg perihatin.
Kenapa manusia ni mereka tak nak bertanggungjawab dengan haiwan2. mereka fikir nak senang saja tapi menyusahkan orang lain. Mereka cuma fikir tentang kesenangan diri mereka. Menjaga kucing mmg tiada untung ape2, maksud saya kucing biasa ni. Lainlah kucing parsi, mmg mereka berebut sebab boleh jual dengan harga beratus2. Kalau jaga lembu, kerbau atau kambing mendatangkan hasil. Cuba bayangkan kalau kambing tercegat dalam pagar dia, berebut mengaku dia punya. Kalau kucing kurap masuk pagar dia, dihalau adalah.
Rasanya sebab manusia durjana ni membuang kucing kerana tak tahan dengan kerenah kucing yg kena beri makan lepas tu beranak 2 atau 3 kali setahun. Bila dah banyak mulalah mencari jalan mudah dengan MEMBUANG. Saya pernah dapat tahu di kalangan orang yg dikenali mereka yg membuang kucing ni berpelajaran tinggi, punya orang bawahan yg ramai, kira bos lah. Tapi fikiran mereka sangat singkat, mereka punya ijazah tapi tak bijak, malas berfikir, Mereka boleh mengawasi orang bawahan beratus2. Kucing sekor dua tak boleh jaga. Cuba buka internet bagaimana untuk mengawal populasi haiwan, ini asyik berfacebook. Mula2 bersemangat nak jaga kucing, lepas tu kata susah, tiada masa, kalau minat tiada terhadap kucing jangan jaga, jaga lembu aje orang macam ni.
Sedang baring2 atas lampin. dia ni tak kuat mengiau baik aje, tp kesian gak bila nak tidur dia mencari aje nak nyonyot. tu terpaksa cari ibu tumpang. semptlah semalaman tidur dengan si kenit ni. Tokeh kedai tu kata yg dibuang tu 3 ekor semuanya tapi 2 lg x tau gi mana mungkin org dah ambil. Mungkin manusia durjana tu buang dgn ibu tapi ibu akan lari meninggalkan anak bila ketakutan kerana di tempat baru yg asing baginya.
Selepas semalaman dengan sikenit tu dapatlah ibu tumpang, ada kawan kepada kawan yg baik hati hendak jaga terus si kenit ni. Comel sangat si kenit ni, dah pandai gurau sikit2, tapi lari pun lintang pukang lagi.
Jalan pun tak betul lagi.
Akhirnya kena tampal notis macam ni biar manusia durjana yg suka buang kucing tu baca, tapi kalau hati dah mati, tampal notis sebesar manapun mereka tak kisah. Buang tetap buang bagi mereka orang tak nampak. Nanti bila berkesempatan notis yg telah saya tulis ni nak tampal di belakang kedai, dah takde cara lain untuk menyedar kan manusia tak berotak ni.
Bila tengok kucing di kedai2, di tepi jalan hati rasa sedih, mereka perlukan perlindungan dan kasih sayang. tapi orang kaya yg banyak duit tak terfikir ke untuk membuat rumah perlindungan haiwan ni. Kalau Aku Kaya .......... begitulah lebih kurang lagu Avi Rafael, tp Allah tu maha mengetahui ada hikmah disebalik semua yg telah di beri kepada kita. Kalau kita jadi kaya mungkin kita akan sombong. Betulkan, kalau kita miskin nak makan susah, itu dugaan, tapi kita masih bersabar dengan kemiskinan tapi dugaan yang lebih besar kalau kita kaya, bayangkan kalau duit dah berjuta, masa tu kita yg sentiasa berbuat baik dan mengingati Allah mungkin tidak lagi masa tu. Amin.
No comments:
Post a Comment