Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Saturday, June 28, 2014

Tempat Belajar menjahit yg sesuai


Kenapa kita perlu belajar menjahit, yg terutama sekali kerana minat.  Tapi dimana perlu kita belajar menjahit. Sekarang di you tube, blog, video.Tapi belajar menjahit bukan macam belajar memasak. Kalau memasak lebih senang, blog, facebook masakan belambak2, contohnya Myresepilah, macam2 lagi. Nak cuba memasakpun senangkan.  Tapi beza dengan menjahit, blog menjahit sangat kurang, kalau yg banyaknya youtube dari luar negara. Blog menjahit pulak kalau tiada asas langsung dalam ilmu jahitan mmg x faham apepun, itu bagi sayalah, tak taulah kalau diorang yg terang hati, macam saya yg dah tua dan bebal ni mmg x fahamlah, kecuali dah ada asas dalam jahitan. Berlainan dengan masakan yg langsung zero pun boleh mencuba dengan menengok resepi2.

Di Kuantan ni tempat belajar menjahit x banyak macam bandar besar di KL, anak selalu nak belajar bila cuti semesta, tau ajelah cuti semesta sebulan lebih aje. Kelas belajar menjahit pulak hanya 2 jam, kadang 2 atau 3 kali seminggu, jadi bila nak pandai kan. Mereka ni macam2 hal tempahan banyaklah, nak jemput anak sekolah, ke bank, dan macam2 lagi.  Sebulan sebelum puasa kelas dah tiada. Akhirnya saya hantar anak belajar di D'Mama House, bayarannya 250 satu projek. Misalnya jubah, kurung moden, kurung pesak, satu jenis tu 250 kira mahal juga tapi yg bagusnya kelas mula pukul 10.30 - 5.30. belajarlah ssepuasnya. Bilik sembahyang dan makan (maksudnya bawa bekal dan makan distu)ada disitu. pendekkata x perlu keluar mana2, duduk aje disitu sampai habis. Memang x rugilah belajar disitu pengajarnya baik2 dan kalau x faham boleh dtag bila2 masa untuk bertanya.  Mula takut juga nak belajar di sana bimbang rugi aje, rupanya layanannya bagus, tempat selesa, kita pun akan beritahu kwan2, semoga rezeki org begini di murahkan. Belajar di sini x perlu bawa ape2, nota pun di beri. Kain, zip dan semua sekali disediakan.

Kalau nak kelas menjahit yg murah ada seperti kursus di belia tp kena lama, atau belajar di KEMAS tapi di kemas slow sangat, x sesuai untuk student yg cuti sebulan. Di Kolej komuniti pun ada tp bukan selalu ada kena tengok jadual d K.Komunti, masa anak cuti tiada pulak kursus jahit ni, ada kursus baju melayu tapi anak x minat lak.

Kalau nak kan ilmu kena lah bekorban sikitkan, macam orang yg dah berjaya buka kedai kek ke, kedai jahitke, mereka pun belajar sana sini.Kalau belajar di U pun macam tu jugakan berpuluh ribu, tapi itu semua macam pelaburan kan. Oklah.. gitulah kisahnya ye, kalau dah boleh menjahit tu bolehlah tengok blolg jahit untuk menambahkan pengetahuan.


Kain untuk buat baju raya. Tahun ni sedondon biru pulak ye.  Bab warna sedondon ni mmg membosankan. Saya rasa segan pulak, tapi kerana anak2 ikut ajelah. Bila nak mula buat ni pun x taulah. Tapi sebab dah boleh jahit sendiri ni x kisah pasal tukang jahit tak terima. Rasanya nak buat kurung moden. Sebenarnya saya lebih suka kurung moden dari kurung pesak ke kurung pahang ke.

Belajar buat leher baju mengunakan kertas gam. Melihat blog MENJAHIT  Bila dah pandai jahit ni boleh lah guna blog, youtube untuk menambahkan ilmu. Kekadang cikgu jahit kita ajar lain, tengok di blog ada cara lain lak, jadi kita boleh banding mana yg lebih senang.

2 comments:

  1. Boleh dptkan contact no dmama house tak ? Lokasi dia di mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat jwb, tempat d,mama house tu dah tutup dia pindah xtau mana, kalau nak belajar lg elok depan balai polis sbelah kuantan prade kuantan. kawan saya tu , dia guru jahit kolej komuniti. harga pun berpatutan. ni no dia, 0139343509, 0199883509, 0199974639, nama tempat jahit tu Cantik Collection. Bangunan mara tingkat atas, kalau awak lalu dpn balai polis tu akan nampak iklan tu, bergantung pada kedai tingkat 1

      Delete