Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Friday, February 4, 2011




Chinese new year duduk rumah tak kemana-mana pun. Masak soto pulak. Kenduri pun ada 2, 3 jemputan. Ada juga abah tanya nak bercuti kemana, tapi baik duk rumah aje, tak habis duit, sekarang ni semuanya mahal, kalau pegi kedai ambil ini itu dah rm100. Lebih baik duk rumah tak penat, Kalau buat soto ni memang cerewet tapi berbaloi sbb anak suka makan. Paling cerewet buat bergedil (bukan berdegil).  Abah lak tak mahu daging  kisar di pasarraya tu, kena buat sendiri guna daging segar. Hari tu saya buat lebih kurang 1/3 kilo daging. Rebus dulu sebuku kemudian potong kecil2 dan kisar. Kentang digoreng potong bentuk cam dalam gambar tu. Dulu2 saya buat rebus tp sekarang belajar dgn kwn goreng lagi elok. Memang betul cubalah. Bawang besar potong atau kisar pun boleh. guna sebiji aje dah cukup. sekarang bawag mmg mahal. Campur semua bahan tambah garam dan sesudu tpg ubi. Insyallah akan jadi elok tak berderaipun. Sebelum goreng celup dlm telur yg tlh dipukul.

No comments:

Post a Comment