Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Saturday, February 12, 2011

Hidup perlukan pengorbanan

Dalam hidup ni kena berkorban demi orang lain, tak kiralah dengan anak2, suami, emakayah, dan sesiapa yg hampir dengan kita. Supaya mereka2 ni akan senang hati dan gembira selalu. Tapi macam mana dgn kita pulak ya?

Kalau dah berkorban, tak perlu kita ungkit2, kita mesti ikhlas, kita lakukan pengorbanan tu dengann ikhlas. Jadi bila orang lain happy kita turut sama happy kan. Hidup akan lebih bererti kalau orang happy dan tiada musuh dalam hidup kita.

Minggu ni abang, adik tak sihat, batuk, demam dalam pada tak sihat tu kena sengat lebah pulak.  Saya pun sama turut berjangkit penyakit batuk kemudian selsema sekali.  Hari ni sabtu, abang minta macam2 buku hilanglah, nak tracksuitlah, kalau tak kami pun mmg selalu keluar bandar hujung minggu cam ni. Tapi dalam keadaan tak sihat ni keluar gak lah. Abah sebok memanjang, tak pe lah biarlah dia dengan kerja dia, biarlah mak layan kau orang, itu dah mmg kerja mak dari dulu. Nasiblah kak Na balik minggu ni adalah kawan boleh tolong uruskan budak nakal 2 orang tu.

Buku dah dibeli, tracksuit juga dah dibeli, ronda2 kejap nampak lak tudung, beli tudung. ambil itu, ambil ini, bukan bazir pun, walaupun masih awal bulan mesti beringat, nnti gaji habis malu nak mintak dgn bos besar. Dalam kereta mmg memeningkan dgn 2 budak nakal tu, bergaduh tak habis2. Abang kata t/suit adik tak cantik, murah, adik kata abang punya tak cantik. Kalau ikut kan hati rasa nak tonyoh2, dah lah bandar kuatan ni sebok kalau ptg sabtu. Kita bawak kereta gerak mcm kura2. Kadang2 tu mmg malas keluar bandar, Kuantan ni sebok memanjang. tambah musim perayaan baru2 ni (raya cina). 2, 3 hari sebelum raya cina bandar ni mengalahkan melayu pun nak beraya. Itu bandar, kedai kwasan perumahan saya ni pun sebok, semua nak simpan stok barang, sbb kedai cina nak tutup 4 hari. Kalau hari jumaat lak org Ganu, terutama kemaman turun kesini. Kalau boleh elak jgn kebandar hari jumaat.

Hidup ni tak boleh rasa bosan, kalau kita bosan bermakna kita jadi orang putus asa. Kena anggap apa yg berlaku adalah menarik dan bersemangat untuk meneruskan hari esok. Macam ni lah hidup saya, kalau boleh setiap perkara yg dilakukan sangat menarik.

No comments:

Post a Comment