Tahun ni 2014, saya dah berazam untuk belajar menjahit, maka bermulalah belajar buat baju kurung pesak dulu. Saya sebenarnya dah pernah belajar menjahit, tapi lepas SPM dulu, tapi lepas belajar menjahit adalah cuba sepasang dua, lepas tu terus lupakan dunia jahitan ni kerana kesebokan dgn anak2 yg masih kecil.Cuma menjahit kain batik dan pelikat, langsir atau membetulkan kain koyak atau zip rosak aje. Maka baru2 ni jadilah baju kurung. Bila dah belajar semula rasa senang dan confiden nak potong kain buat baju, sebab dan ada basic.
Belajar potong pesak, kekek lengan dan span bahu
Badan baju
Belajar buat pokek baju kurung, senang aje rupanya, lekatkan pada pesak dulu.
Siappun
Model sedang mengayakan baju yg dijahitnya, lengan agak pendek, biasalah mula2 blajarkan. mula2 tu ok aje tapi bila pasang span kat bahu jadi pendek.
Buat baju kurung untuk adik pulak. Mula2 belajar ni kena guna kain cotton
Siappun
Ke sekolah dengan memakai baju kurung. Ok je kan.
Bolehlah raya ni jahit sendiri, tak perlu upah lagi. Sebenarnya bila kita jahit sendiri ni walaupun tak kemas jahitannya macam kat kedai, tapi puas hati, kita akan tau di mana perlu kecilkan atau besarkan. Biasa tukang jahit ni kalau buat baju ada aje tak kena kalau kita dah bagi contoh baju pun masih ada tak kena. Selalunya kalau kain baju kurung tempat susun tu selalu jatuh kebawah, memang tak selesa. Bila jahit sendiri mula2 mmg tak kemas terutama zip dan pinggang mmg susah kan. Lepas ni nak belajar baju kurung moden lak. Yang penting raya boleh jahit sendiri.
No comments:
Post a Comment