Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Wednesday, May 21, 2014

Telekung Siti Khadijah

Pada 17 Mei lalu kami ke KL sbb ada hal yg perlu diselesaikan, maka dah terlanjur ke Shah Alam terus dah plan nak ke kedai telekung yg sangat popular tu iaitu outlet Siti Khadijah.  Sampai di sana teruslah kami mencuba telekung2 di kedai tu, selain telekung berbagai kelengkapan untuk mengerjakan haji atau umrah, seperti jubah, tudung, kasut, baju kurung pun ada. Sebenarnya sudah bertahun2 juga berhajat nak ke kedai ni tapi bila ke KL selalu x berkesempatan kesana. Nak beli online bimbang jugak tak berpuas hati, first time beli kenalah kekedai dapat rasa n tengok kain baru puas hati.  Lepas ni bolehlah beli online.

Sempat posing 


Emak pun posing 

Boleh lepak2 kat dalam tu
Telekung disitu macam2 nama yg ni telekung klasik. Selain kelasik, Original, Moden dan macam2 lg.
Saya pilih yg ni sebb kainnya paling tebal diantara yg lain. Walaupun yg jenis moden tu jenis kainnya lg lembut kata jurujual tu kain tu lebih halus dan mahal dari yg ini, tapi saya tetap pilih yg ni.  Sulaman dia pun tak banyak, kalau banyak berserabut pulak rasanya, yg bersulam di bahagian keliling telekung pun ada, tp saya suka, simple aje x perlu bersulam penuh. Di bhgian dagu di buat dari kain yg stretch tu. 


Ni telekung yg di beli Indon dengan harga 100 ringgit, itupun beli dengan kakak ipar yg mmg meniaga telekung kalau org lain dia jual 150, mmg tak selesa langsung mukanya x kemas, 

Kainnya pula bila sedang bersolat, duduk bangun duduk bangun lama2 ia semakin melorot kebawah, mmg tak selesa

Dapat pulak hadiah anak tudung juga


Di bangi pun ada 
Beli  4 helai bukan 4 pasang tau, telekung klasik ni mmg tiada kain, tapi itu x penting kan kain boleh buat tapi telekung tu yg susahnya untuk cari yg selesa. Telekung ini mmg selesa. Harganya 170 ringgit sehelai diskaun 10%. Memang disini kebanyakan telekung tiada kain kecuali yg satin dan yg bersulam penuh yg mahal2 tu baru ada kainnya. Beli banyak2 tu untuk anak2, telekung ni terdapat berbagai saiz. Supaya anak dan emaknya sekali boleh bersolat lebih khusyuk taklah tengah2 sembahyang rasa ketat di mulut, terik di pipi atau rambut terkeluar.  Lain kali kalau nak telakung kena cari Telekung Siti Khadijah, walau harganya 170 telekung saja, katalah kainnya kalau buat kosnya 30 ringgit, jumlah 200 ringgit masih berbaloikan kalau beli telekung indon tu 150 yg sangat tak selesa. Ok kalau nak tengok puas2 barangan siti khadijah di sini


1 comment:

  1. Cuba visit website www.myvalorem.com untuk telekung berbatu rhinestones. Free size, telekung extra besar, kain extra panjang dan ada 2 lapis dari kepala sampai bahu. Walau besar tapi sesuai untuk semua saiz badan kecil atau besar. Fabric japanese cotton. Sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai.

    ReplyDelete